Friday, June 24, 2011

Qazaf

Lihat kebenaran 99.99 peratus mirip Anwar

KUALA LUMPUR 24 Jun - Rakyat perlu melihat kebenaran daripada apa yang dibuktikan oleh dua pakar forensik dari Amerika Syarikat (AS) yang menjelaskan bahawa 99.99 peratus individu di dalam rakaman video seks ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana pembuktian itu dibuat oleh mereka yang pakar dalam bidang berkenaan.

"Ini adalah sesuatu yang rakyat sendiri perlu buat penilaian. Kalau kita kata apa sekali pun, yang penting adalah untuk mencari kebenaran dan kesahihan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini hari ini.

Najib merujuk kepada kenyataan peguam, Datuk Mohammad Shafie Abdullah semasa proses perbicaraan trio 'Datuk T' hari ini berhubung kes penyebaran rakaman video seks bahawa 99.99 peratus lelaki dalam video tersebut ialah Anwar.

============================ Utusan Malaysia 25 Jun 2011

Untuk mendakwa seseorang tu berzina, ia perlu dibuktikan. Ini satu dakwaan yg serius dan Islam menetapkan syarat pembuktian yg ketat. Kalau tiada bukti spt yg ditetapkan, janganlah menuduh. Kerana menuduh seorang berzina tanpa bukti adalah satu kesalahan (qazaf) yg telah ditetapkan hukumannya. Jangan kita bersekongkol dan terlibat dgn jenayah qazaf. Setakat ini yg didakwa berzina belum dituduh secara rasmi, hanya melalui media dan kenyataan peguam dalam mahkamah.

Kalau betul orang tu berzina, biarlah dia dihukum Allah di akhirat nanti.


Rekod Baru Alam Blogging

Ini mungkin rekod baru, jangkamasa antara blog post pertama dan kedua iaitu 3 tahun 11 hari. Komen untuk post pertama dibuat hampir setahun selepas tarikh post, yg kemudiannya dijawab oleh blogger 2 tahun kemudian. Komunikasi alam maya yang amat pantas telah dimanafaatkan oleh blogger yang sibuk sangat dengan hal lain.

Saturday, June 14, 2008

Assalamualaikum

Ini posting pertamaku. Aku baru jumpa blog anakku, Auni Najwa. Aku juga perlu blog. Aku juga ada mesej nak disampaikan. Isu utama yang aku nak paparkan di sini banyak yang berkait dengan halatuju manusia di alam ini.
Wahai pembaca budiman, dunia yang sebagaimana kita kenal akan berakhir. Satu perubahan ketara akan melanda dunia dan negara kita tidak terkecuali. Untuk mengetahui apakah yang akan mengubah hidup manusia di dunia ini, saya syurkan pembaca, jika mampu membaca dan memahami Bahasa Inggeris untuk melayari laman ini. http://www.lifeaftertheoilcrash.net/Index.html

Blog ini adalah lebih sesuai bagi mereka yang tidak mampu menguasai bahasa itu dan bagi mereka yang minat untuk mendalami isu ini yang lebih tertumpu kepada Malaysia.

Selamat belayar.